Pertama sekali,saya meminta bantuan pembantu makmal iaitu En. Mansor untuk memasukkan fail SPSS ke dalam sistem komputer saya.Ini adalah untuk memudahkan saya dan pasangan saya untuk berbincang dan melakukan tugasan.
Setelah selesai,saya memasukkan dan menamakan data yang diperolehi dengan menggunakan 'Variable View'.Antara maklumat yang saya masukkan ialah daripada nombor ID; jenis,angka; kelebaran,8; titik perpuluhan,0; label,berpandukan apa yang terdapat dalam soalan kaji selidik yang telah dibuat..
Ini adalah pautan soalan kaji selidik saya dan rakan saya:
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDhFeUdFSzFfNVJKaTJHYlpVb3EzUGc6MQ
Soalan kaji selidik ini saya cetak kepada 10 salinan untuk diagihkan kepada rakan-rakan kelas lain untuk menjawabnya.Rakan-rakan juga dikehendaki untuk menjawab melalui facebook group.Ini untuk memudahkan saya dan rakan untuk mengumpul data dan maklumat.Setelah semua rakan selesai menjawab soalan itu,saya memasukkan data yang diperolehi ke dalam database yang telah saya sediakan sebelum ini.Setelah selesai memasukkan segala data,kami perlu memplot graf dan jadual.Tidak susah untuk memplot jadual dan graf ini kerana semuanya secara automatik.Selepas itu,jadual dan graf yang telah lengkap perlu diletakkan di 'open office writer' untuk membuat laporan.
Terdapat beberapa panduan untuk membuat SPSS ini.Antaranya ialah:
1. SPSS Basic Skills Tutorials
http://my.ilstu.edu/~mshesso/SPSS/tutorial.html
2. Why is my evil lecturer forcing me to learn statistics? http://www.sagepub.com/field3e/Downloads/samplechapter.pdf
3. Introduction to IBM SPSS Statistics 18
http://spss.co.in/chapters.aspx?id=1
Saya dan rakan saya telah menjalankan perbincangan secara talian di laman facebook group.Rakan-rakan yang lain juga ada memberikan pandangan masing-masing mengenai tajuk tugasan kami.Setelah selesai semua tugasan mengenai SPSS ini,saya telah menulis laporan mengenai tugasan ini.Didalam laporan ini terkandung:
- Tajuk tugasan
- Abstract (rumusan)
- Pendahuluan
- Literature Review (kajian lepas)
- Research Approach (cara untuk membuat kajian)
- Finding (dapatan kajian)
- Perbincangan
- Kesimpulan

No comments:
Post a Comment