Powered By Blogger

Thursday, 24 November 2011

Minggu 9 dan 10

Dalam minggu ini kami belajar mengenai cara-cara untuk membuat gambar grafik 2D. Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membuat grafik ini. Antaranya ialah Microsoft Paint/Paint Brush, Shapes/Smart Art PowerPoint, GIMP (OSS), Online-google draw (collaborative drawing), and Open Office Draw (OSS).

Terdapat pelbagai jenis grafik 2D. Antaranya ialah bitmap dan vector.

Ciri-ciri ganbar bitmap:

  1. tersusun oleh titik-titik warna (pixel)
  2. memiliki tingkat ketajaman tertentu (resolusi)
  3. jika diperbesar hingga skala tertentu, biasanya gambarnya akan pecah (jagged0
  4. diperoleh oleh hasil scanner, camera digital, video
  5. disimpan dalam format fail JPEG, BMP, PNG, GIF, EPS
  6. diolah menggunakan aplikasi Adobe Photoshop, Corel Photo Paint
  7. tidak dapat ditukar kepada format gambar vector
Jenis-jenis gambar bitmap:

  1. Line Art (hanya terdiri daripada dua warna. Biasanya hitam dan putih )




2. Grayscale  Images (terdiri dari bermacam warna abu abu dalam menghasilkan warna hitam dan putih ) 





3. Multitones ( terdiri dari dua warna atau lebih)



4. Full Colour Images ( bewarna realistik )



Ciri-ciri gambar vector :
  1. tersusun oleh titik-titik dan garis dengan penyusun objek iaitu koordinat
  2. resolusi bebas (ketajamannya tidak bergantung kepada pixel)
  3. jika dibesarkan, kualiti ketajamannya tidak akan berubah
  4. dibuat menggunakan aplikasi Adobe Illustrator, Freehand, Corel Draw dan Autocad
  5. disimpan dalam format file CDR, EPS dan SVG
  6. boleh ditukar menjadi gambar bitmap


Dalam tugasan 6a kami telah membuat satu risalah berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberi pada awal-awal minggu pembelajaran dahulu. Risalah ini dibuat menggunakan aplikasi Microsoft Publisher.





Dalam tugasan 6b pula, kami telah membuat satu bookfold. Fungsi ini ada dalam aplikasi microsoft word.


No comments:

Post a Comment