Powered By Blogger

Thursday, 24 November 2011

Minggu 9 dan 10

Dalam minggu ini kami belajar mengenai cara-cara untuk membuat gambar grafik 2D. Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membuat grafik ini. Antaranya ialah Microsoft Paint/Paint Brush, Shapes/Smart Art PowerPoint, GIMP (OSS), Online-google draw (collaborative drawing), and Open Office Draw (OSS).

Terdapat pelbagai jenis grafik 2D. Antaranya ialah bitmap dan vector.

Ciri-ciri ganbar bitmap:

  1. tersusun oleh titik-titik warna (pixel)
  2. memiliki tingkat ketajaman tertentu (resolusi)
  3. jika diperbesar hingga skala tertentu, biasanya gambarnya akan pecah (jagged0
  4. diperoleh oleh hasil scanner, camera digital, video
  5. disimpan dalam format fail JPEG, BMP, PNG, GIF, EPS
  6. diolah menggunakan aplikasi Adobe Photoshop, Corel Photo Paint
  7. tidak dapat ditukar kepada format gambar vector
Jenis-jenis gambar bitmap:

  1. Line Art (hanya terdiri daripada dua warna. Biasanya hitam dan putih )




2. Grayscale  Images (terdiri dari bermacam warna abu abu dalam menghasilkan warna hitam dan putih ) 





3. Multitones ( terdiri dari dua warna atau lebih)



4. Full Colour Images ( bewarna realistik )



Ciri-ciri gambar vector :
  1. tersusun oleh titik-titik dan garis dengan penyusun objek iaitu koordinat
  2. resolusi bebas (ketajamannya tidak bergantung kepada pixel)
  3. jika dibesarkan, kualiti ketajamannya tidak akan berubah
  4. dibuat menggunakan aplikasi Adobe Illustrator, Freehand, Corel Draw dan Autocad
  5. disimpan dalam format file CDR, EPS dan SVG
  6. boleh ditukar menjadi gambar bitmap


Dalam tugasan 6a kami telah membuat satu risalah berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberi pada awal-awal minggu pembelajaran dahulu. Risalah ini dibuat menggunakan aplikasi Microsoft Publisher.





Dalam tugasan 6b pula, kami telah membuat satu bookfold. Fungsi ini ada dalam aplikasi microsoft word.


Thursday, 17 November 2011

Minggu 7 dan 8

Pada minggu yang lepas,iaitu minggu ke enam saya dan rakan saya telah selesai melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu membuat sepuluh soalan kaji selidik.Pada minggu ini,kesinambungan daripada tugasan minggu lepas,kami diminta memasukkan data -data yang diperolehi daripada soalan kaji selidik itu ke dalam satu sistem. Data itu harus dimasukkan ke dalam SPSS(Statistical Package for Social Science)

Pertama sekali,saya meminta bantuan pembantu makmal iaitu En. Mansor untuk memasukkan fail SPSS ke dalam sistem komputer saya.Ini adalah untuk memudahkan saya dan pasangan saya untuk berbincang dan melakukan tugasan.

Setelah selesai,saya memasukkan dan menamakan data yang diperolehi dengan menggunakan 'Variable View'.Antara maklumat yang saya masukkan ialah daripada nombor ID; jenis,angka; kelebaran,8; titik perpuluhan,0; label,berpandukan apa yang terdapat dalam soalan kaji selidik yang telah dibuat..

Ini adalah pautan soalan kaji selidik saya dan rakan saya:

 https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDhFeUdFSzFfNVJKaTJHYlpVb3EzUGc6MQ

Soalan kaji selidik ini saya cetak kepada 10 salinan untuk diagihkan kepada rakan-rakan kelas lain untuk menjawabnya.Rakan-rakan juga dikehendaki untuk menjawab melalui facebook group.Ini untuk memudahkan saya dan rakan untuk mengumpul data dan maklumat.Setelah semua rakan selesai menjawab soalan itu,saya memasukkan data yang diperolehi ke dalam database yang telah saya sediakan sebelum ini.Setelah selesai memasukkan segala data,kami perlu memplot graf dan jadual.Tidak susah untuk memplot jadual dan graf ini kerana semuanya secara automatik.Selepas itu,jadual dan graf yang telah lengkap perlu diletakkan di 'open office writer' untuk membuat laporan.

Terdapat beberapa panduan untuk membuat SPSS ini.Antaranya ialah:



1. SPSS Basic Skills Tutorials
 http://my.ilstu.edu/~mshesso/SPSS/tutorial.html

2. Why is my evil lecturer forcing me to learn statistics? http://www.sagepub.com/field3e/Downloads/samplechapter.pdf

3. Introduction to IBM SPSS Statistics 18
 http://spss.co.in/chapters.aspx?id=1

Saya dan rakan saya telah menjalankan perbincangan secara talian di laman facebook group.Rakan-rakan yang lain juga ada memberikan pandangan masing-masing mengenai tajuk tugasan kami.Setelah selesai semua tugasan mengenai SPSS ini,saya telah menulis laporan mengenai tugasan ini.Didalam laporan ini terkandung:


  1. Tajuk tugasan
  2. Abstract (rumusan)
  3. Pendahuluan
  4. Literature Review (kajian lepas)
  5. Research Approach (cara untuk membuat kajian)
  6. Finding (dapatan kajian)
  7. Perbincangan
  8. Kesimpulan