Powered By Blogger

Tuesday, 27 December 2011

Minggu 14

Minggu ini kami dikehendaki untuk membuat satu database dengan menggunakan openoffice base.
Mula-mula klik pada openoffice database.


Selepas itu selected database.
- Pilih create a new database.
- Masukkan nama folder yang ingin kita simpan nanti.


Untuk membuat jadual.
- Klik pada ruangan table.
- Pilih create table in design view.
- Taipkan maklumat yang ingin kita masukkan. Contoh, no_matrik
- Simpan fail ini sebagai pelajar



Saya telah mengulangi cara yang sama dengan memasukkan fail keluarga, kurikulum dan kokurikulum.


Ini adalah contoh butiran yang terdapat dalam jadual pelajar.



Seterusnya adalah untuk membuat query.
- Klik pada ruangan Queries
- Pilih use wizard to create query
- Isikan jadual dengan nama yang ingin kita simpan
- Pindahkan semua maklumat ke kotak fields in the query.
- Klik finish 


Ini adalah contoh maklumat yang terdapat dalam Queries.



Seterusnya adalah untuk membuat forms.

- Klik pada ruangan forms
- Pilih use wizard to create form
- Kemudian klik salah satu fail yang telah kita buat tadi
- Klik untuk masukkan semua maklumat ke dalam kotak fields in the form.

- Klik arrange control untuk menentukan jadual mana yang kita mahu.


- Klik apply style untuk menentukan warna yang kita mahu.


- Set kan nama untuk form itu.


Ini adalah contoh forms yang telah lengkap.


Seterusnya adalah untuk membuat report.
- Klik pada ruangan report
- Pilih use wizard to create report
- pindahkan segala maklumat ke dalam kotak fields in report.



- Klil pada choose layout untuk memilih design yang kita mahukan.


Hasilnya adalah sebuah report yang lengkap.












Monday, 19 December 2011

Minggu 13

Minggu ini kami telah diajar untuk membuat akaun kewangan sendiri. Akaun ini adalah dengan menggunakan open office org. calc.



Pertama, kita harus masukkan maklumat yang ingin diletakkan. Contohnya seperti di bawah ini.


Selepas itu masukkan jumlah wang berapa sahaja yang kita mahu di dalam kotak baki bulan lepas sebagai permulaan kewangan.Seterusnya masukkan jumlah wang ke dalam akaun yang lain seperti makanan, pengajian, komunikasi dan lain-lain.


Untuk mendapatkan baki, jumlahkan semua perbelanjaan kita pada minggu yang pertama. Setelah mendapat satu jumlah,jumlah itu ialah perbelanjaan.

Untuk mendapatkan baki pada minggu itu, baki bulan lepas tolak perbelanjaan.

Pada akhir minggu bulan pertama, baki pada bulan itu perlu diletakkan pada ruangan baki bulan lepas di bulan yang kedua pula. Langkah-langkah ini diteruskan sehinggalah selesai kewangan selama setahun itu.


Bagi tugasan 8b, kami perlu membuat satu skor dan gred markah untuk satu kelas. Dalam tugasan ini kami menggunakan aplikasi Excel.Ini adalah asas permulaan excel.


Mula-mula masukkan data murid yang kita ada. Contoh nama pelajar, subjek yang diambil dan markah yang ingin dimasukkan.


Selepas itu setiap subjek harus di format dengan define name. Caranya hanya highlight pada subjek yang ada, kemudian klik formula dan kemudian klik define name. Masukkan nama yang kita ingin letakkan ke dalam kotak yang tertera.


Selepas itu untuk memasukkan gred pelajar, kita perlu membuat satu draf jadual markah terlebih dahulu. Contoh:

0 - 39     (G)
40 - 49   (D)
50 - 64   (C)
65 - 79   (B)
80 - 100 (A)

Kemudian hanya ambil markah yang pertama sahaja bagi setiap gred untuk dimasukkan ke dalam kotak jadual markah gred yang kita akan buat nanti. Setelah jadual siap, jadual itu juga harus di format dengan defina name.



Untuk mengenal pasti gred yang diperolehi oleh setiap murid, klik pada formula kemudian ambil lookup dan reference. Akan keluar jadual, dan masukkan data yang diperlukan.


Untuk mengira purata yang diperolehi bagi setiap mata pelajaran ialah :

- klik pada kotak untuk mengira
- taip =AVERAGE


-kemudian tarik kesemua markah pelajar dalam subjek tersebut untuk mengira gred tersebut.


-klik fx diatas untuk tutup kurungan average tersebut.
-klik OK 
-tarik kotak tersebut sehingga kehujung subjek untuk mengira kesemua subjek tersebut.


Cara yang sama juga digunakan untuk membuat Standard Deviation.
- Mula-mula klik pada kotak untuk mengira
- Taip =STDEV


-klik fx diatas untuk tutup kurungan standard deviation tersebut.
-klik OK 
-tarik kotak tersebut sehingga kehujung subjek untuk mengira kesemua subjek tersebut.


Seterusnya adalah markah maksimum dan minimum. Ini adalah untuk melihat di dalam kelas itu siapa yang mendapat markah maksimum dan minimum.

Maksimum:
- Taip =MAX
-klik fx diatas untuk tutup kurungan MAX tersebut.
-klik OK 
-tarik kotak tersebut sehingga kehujung subjek untuk mengira kesemua subjek tersebut.



Minimum:
Caranya adalah sama untuk membuat markah maksimum tadi.

Ini adalah maklumat gred yang telah saya siapkan.


Folder ini perlu di apload ke dalam google document.























Tuesday, 6 December 2011

Minggu 11 & 12


Dalam minggu ini kami telah membuat tugasan mengenai pembentangan menggunakan aplikasi power point dan open office impress.

Open Office Impress

  • Impress adalah ciri persembahan di openoffice
  • Impress adalah sama seperti slide show
  • boleh memasukkan animasi, 3D grafik, 


Pertama sekali untuk membuat impress kita perlu memilih layout. Ini adalah pilihan layout yang terdapat di dalam impress.


Di bawah adalah contoh impress presentation yang telah kami buat.



Bagi tugasan 7b kami membuat multimedia presentation menggunakan aplikasi power point. Terdapat pelbagai fungsi yang terdapat di dalam power point ini.
Penggunaan powerpoint ini adalah sama seperti impress. Mungkin hanya terdapat sedikit perbezaan.


Setelah memilih layout yang dikehendaki, hanya taip sahaja perkataan yang ingin dimasukkan.


Setelah selesai menaip pada slide yang pertama, untuk membuat slide baru hanya klik pada new slide dan pilih layout yang sesuai.


Sekiranya ingin meletakkan latar belakang, hanya klik pada design dan pilih latar belakang.

Untuk memasukkan animasi lain, hanya klik pada animation kemudian pilih custom animation dan klik pada add effect. Di situ terdapat banyak animasi yang dapat disertakan dengan powerpoint yang telah dibuat.

Ini adalah contoh powerpoint yang telah saya dan pasangan saya siapkan


Kami juga perlu meneroka mengenai video format dan windows movie maker. Kami telah membuat satu movie dan terdapat audio di dalamnya. Ini adalah contoh muka hadapan  video kami.