Pertama, kita harus masukkan maklumat yang ingin diletakkan. Contohnya seperti di bawah ini.
Selepas itu masukkan jumlah wang berapa sahaja yang kita mahu di dalam kotak baki bulan lepas sebagai permulaan kewangan.Seterusnya masukkan jumlah wang ke dalam akaun yang lain seperti makanan, pengajian, komunikasi dan lain-lain.
Untuk mendapatkan baki, jumlahkan semua perbelanjaan kita pada minggu yang pertama. Setelah mendapat satu jumlah,jumlah itu ialah perbelanjaan.
Untuk mendapatkan baki pada minggu itu, baki bulan lepas tolak perbelanjaan.
Pada akhir minggu bulan pertama, baki pada bulan itu perlu diletakkan pada ruangan baki bulan lepas di bulan yang kedua pula. Langkah-langkah ini diteruskan sehinggalah selesai kewangan selama setahun itu.
Bagi tugasan 8b, kami perlu membuat satu skor dan gred markah untuk satu kelas. Dalam tugasan ini kami menggunakan aplikasi Excel.Ini adalah asas permulaan excel.
Mula-mula masukkan data murid yang kita ada. Contoh nama pelajar, subjek yang diambil dan markah yang ingin dimasukkan.
Selepas itu setiap subjek harus di format dengan define name. Caranya hanya highlight pada subjek yang ada, kemudian klik formula dan kemudian klik define name. Masukkan nama yang kita ingin letakkan ke dalam kotak yang tertera.
Selepas itu untuk memasukkan gred pelajar, kita perlu membuat satu draf jadual markah terlebih dahulu. Contoh:
0 - 39 (G)
40 - 49 (D)
50 - 64 (C)
65 - 79 (B)
80 - 100 (A)
Kemudian hanya ambil markah yang pertama sahaja bagi setiap gred untuk dimasukkan ke dalam kotak jadual markah gred yang kita akan buat nanti. Setelah jadual siap, jadual itu juga harus di format dengan defina name.
Untuk mengenal pasti gred yang diperolehi oleh setiap murid, klik pada formula kemudian ambil lookup dan reference. Akan keluar jadual, dan masukkan data yang diperlukan.
Untuk mengira purata yang diperolehi bagi setiap mata pelajaran ialah :
- klik pada kotak untuk mengira
- taip =AVERAGE
-kemudian tarik kesemua markah pelajar dalam subjek tersebut untuk mengira gred tersebut.
-klik fx diatas untuk tutup kurungan average tersebut.
-klik OK
-tarik kotak tersebut sehingga kehujung subjek untuk mengira kesemua subjek tersebut.
-klik OK
-tarik kotak tersebut sehingga kehujung subjek untuk mengira kesemua subjek tersebut.
Cara yang sama juga digunakan untuk membuat Standard Deviation.
- Mula-mula klik pada kotak untuk mengira
- Taip =STDEV
-klik fx diatas untuk tutup kurungan standard deviation tersebut.
-klik OK -tarik kotak tersebut sehingga kehujung subjek untuk mengira kesemua subjek tersebut.
Seterusnya adalah markah maksimum dan minimum. Ini adalah untuk melihat di dalam kelas itu siapa yang mendapat markah maksimum dan minimum.
Maksimum:
- Taip =MAX
-klik fx diatas untuk tutup kurungan MAX tersebut.
-klik OK -tarik kotak tersebut sehingga kehujung subjek untuk mengira kesemua subjek tersebut.
Minimum:
Caranya adalah sama untuk membuat markah maksimum tadi.
Ini adalah maklumat gred yang telah saya siapkan.
Folder ini perlu di apload ke dalam google document.


















No comments:
Post a Comment