Powered By Blogger

Sunday, 23 October 2011

Minggu 6

Minggu 6
20 Oktober 2011

Minggu ini saya baru membaca rujukan yang diberikan oleh Dr.Saya belum memulakan sebarang tugasan kerana tidak memahaminya lagi.Dalam minggu ke enam ini kami telah diminta untuk membuat 10 soalan kaji selidik mengenai tajuk tugasan masing-masing.Soalan yang dibuat tidak boleh sama dengan kumpulan lain yang membuat tajuk yang sama.Oleh itu kami perlu sentiasa berkomunikasi dengan kumpulan lain.Saya belum memulakan lagi perbincangan dengan kumpulan lain.


Sebelum membuat soalan kaji selidik kami diminta untuk:


  1. menetapkan tujuan pembelajaran
  2. menetapkan objektif pembelajaran
  3. untuk setiap objektif-bina soalan berdasarkan objektif yang dikenal pasti
Panduan yang diberikan adalah melalui survey monkey.Terdapat beberapa panduan untuk survey monkey ini.Antaranya ialah:

  1. http://help.surveymonkey.com/euf/assets/docs/pdf/UserManual.pdf?noIntercept/1 , 
  2. http://smonkey.surveymonkey.com/tutorials/Survey_Design/Survey_Design.html , 
  3. http://help.surveymonkey.com/app/answers/detail/a_id/29/~/guides-and-tutorials-on-using-surveymonkey
Panduan ini sangat berguna kerana maklumat di dalamnya sangat lengkap dan tepat.Dalam penggunaan survey monkey kita hanya dapat membuat 10 soalan sahaja.Saya dan pasangan saya telah membuat draf soalan.Sebelum itu saya perlu mendaftar masuk dalam survey monkey menggunakan email ini     www.surveymonkey.com .Pendaftaran adalah percuma.Saya memasukkkan soalan yang telah saya draf tadi ke dalam survey monkey.Soalan yang dibina hanyalah dalam bentuk pilihan jawapan sahaja iaitu:

  1. Sangat tidak setuju
  2. Tidak setuju
  3. Kurang setuju
  4. Setuju
  5. Sangat setuju
   Setelah siap membuat soalan, saya memuat naik soalan ini ke dalam 'facebook group' supayay rakan-rakan dapat memberi komen.Terdapat beberapa komen yang saya kenalpasti daripada rakan-raakn saya.Antaranya ialah soalan yang kami bina tidak bertepaatn dengan tajuk tugasan,soalan terlalu rumit dan lain-lain lagi.Kami hanya dikehendaki membuat soalan kaji selidik yang ringkas dan mudah.Saya telah membetulkan soalan yang tidak berkaitan.Saya juga telah menambah beberapa soalan demografi seperti nama kumpulan,jantina,peringkat umur,kawasan penempatan dan lain-lain lagi.

   Setelah selesai pada survey monkey,saya telah belajar pula mengenai membuat borang kaji selidik di google document.Antara panduan yang diberikan ialah:

  1. http://teacherlink.ed.usu.edu/tlresources/training2/Google/GoogleForms.pd
  2. http://vimeo.com/3087713
  3. http://www.google.com/google-d-s/tour1.html 
Cara-cara untuk membuat soalan kaji selidik menggunakan google document ialah:
  1. Daftar masuk ke dalam akaun gmail
  2. Buka laamn web https://docs.google.com atau klik pada dokumen jika menggunakan akaun gmail
  3. Pilih 'create new-form'
  4. Tambah  demografi dan soalan dalam 'variety format' -'multiple choice','checboxes' and 'scale'.
  5. 'Explore' fungsi penggunaan 'save, open and edit form'.
  6. Minta sebahagian  raakn sekelas untuk menjawab soalan kaji selidik secara 'online'
  7. Teroka penggunaan 'Spreadsheet' untuk soalan kaji selidik secara daalm talian ini dan muat naik seperti format excell (fail ini akan dimasukkan ke dalam SPSS)
  8. Betulkan soalan yang tidak sesuai berdasarkan maklum balas yang diterima
  9. Muat naik soalan kaji selidik yang telah lengkap dengan memasukkan link daripada google document di http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/links/Assignment 5 mini research 001318731681/   berdasarkan tajuk tugasan.
(Bagu saya dan pasangan saya iaitu Nur Asyikin Binti Abdul Rashid tajuk tugasan kami ialah e-learning and mobile learning.Oleh itu saya telah memilih fail tajuk ini dan meletakkan link tugasan kami di situ.Link tugasan kami ialah https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?hl=en_GB&formkey=dDhFeUdFSzFfNVJKaTJHYlpVb3EzUGc6MQ#gid=0


     10. Minta rakan-rakan kelas dan dari kelas lain untuk menjawab soalan kaji selidik ini.
     
Setelah siap semua peringkat dalam menyelesaikan soalan kaji selidik ini,ia perlu dicetak dan diedarkan kepad rakan-rakan untuk menjawabnya.Sekurang-kurangnya setiap pasangan mendapat 10 maklum balas daripada soalan kaji selidik itu.




Minggu 5
13 Oktober 2011

Dr. Siti telah memberi beberapa panduan untuk membuat tugasan dalam minggu kelima ini.Dalam minggu ini kami diminta untuk membuat rujukan mengenai 'educational research,literature review, dan online material'.Antara laman rujukan yang diberikan oleh Dr, sebagai bahan rujukan ialah:

1) Educatinal research:



2) Literature review:

3) Online materials:
Daripada bahan rujukan 'online materials',saya telah mengambil beberapa buah buku dan jurnal daripada laman ini sebagai bahan kepada tajuk tugasan saya iaitu e-pembelajaran dan mobile learning.Antara buku dan jurnal yang saya ambil ialah:


Segala perbincangan bagi tugasan ini dilakukan melalui facebook group sahaja.Kaedah ini sangat mudah untuk dilakukan.Rakan-rakan dari kumpulan lain juga boleh memberikan pendapat mereka mengenai tugasan saya ini.Ini adalah kelebihan dalam menggunakan facebook group.Saya juga dapat memberikan pandanagn saya mengenai tajuk rakan-rakan saya yang lain.Kami dapat bertukar maklumat dan pandangan.Banyak maklumat yang telah saya dapat setelah membaca buku dan jurnal ini.

Bagi laporan tugasan minggu ini,kami diminta untuk menulisnya di dalam OpenOffice Writer.Setiap minggu kami diminta untuk melakukan tugasan yang berlainan supaya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis lagi.Pe rtamanya saya perlu memuat naik dahulu beberapa perisian untuk OpenOffice Writer kerana dalam komputer saya tiada perisian ini.Ini adalah laman web untuk memuat naik perisian ini http://download.openoffice.org/. Setelah itu saya mula menulis laporan mengenai apa yang perlu dilakukan di Malaysia untuk meningkatkan penggunaan kaedah e-pembejaran dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar dan para pendidik.Rakan tugasan saya pula membuat tajuk mengenai mobile learning.Laporan ini saya masukkan ke dalam fail yahoo group.Saya dapati penggunaan OpenOffice Writer adalah lebih mudah berbanding menggunakan office word.








Wednesday, 5 October 2011

Minggu 1 - 4


Minggu pertama

Minggu pertama adalah minggu pendaftaran kursus.Dalam kelas pertama Dr. Siti Fatimah memberi pendedahan mangenai kelas komputer dalam pendidikan.Dr. juga membekalkan struktur kursus untuk panduan semua pelajar.Dr. juga menegaskan bahawa tugasan mesti dibuat mengikut aturan yang telah ditetapkan dan di siapkan sebelum masa untuk dihantar.Dalam kursus ini kami dikehendaki membuat akaun 'gmail' dan akaun 'yahoo' rasmi.





Minggu kedua
Khamis(22 September 2011)

Dalam minggu kedua kami didedahkan dengan kepentingan komputer dalam pembelajaran.Kelas komputer ini terbahagi kepada dua kumpulan.Yang pertama adalah s1k3 yang dikendalikan oleh Dr. Siti Fatimah , manakala kumpulan kedua adalah s1k4 yang dikendalikan oleh Pn. Norhafizah.Saya adalah dari kumpulan s1k4.Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang.Nama pasangan saya dalam kelas ini ialah Nur Asyikin Bt Mohd Rashid.Sepanjang kelas ini kami dikehendaki melakukan tugasan secara berkumpulan.



Pertama sekali kami perlu membuat akaun 'google mail'.Akaun ini tidak lah susah untuk dibuat.Saya melayari laman web 'google mail'.Untuk membuat akaun baru ini saya telah meneroka bahagian kanan web ini.Kemudian saya memilih 'create account'.Di situ saya masukkan maklumat peribadi saya dan email yang ingin saya gunakan.Dalam 'gmail' ini saya telah memilih email atikashaffika@gmail.com. Setelah berjaya membuat akaun 'gmail ini',saya meneruskan dengan membuat akaun 'yahoo mail'.Lngkah-langkah untuk membuat akaun ini adalah sama seperti 'google mail'.Alamat 'yahoo mail' saya ialah atikashaffika91@yahoo.com.Setelah selesai, kedua-dua email ini harus mengandungi signature dan dihantar kepada koordinator kelas iaitu Dr. Siti Fatimah.Signature ini perlu ada nama penuh pelajar,program yang diambil,fakulti,nama universiti dan nombor telefon.Di bawah saya sertakan contoh signature yang telah saya buat:


Atika Shaffika Binti Nasarudin
Fakulti Pendidikan
Sarjana Muda Pendidikan Khas
UKM Bangi
Akaun Gmail


Akaun Yahoo





Setelah itu saya telah membuat satu akaun 'facebook' yang rasmi untuk kegunaan semasa kelas komputer dijalankan.Saya telah mempunyai akaun 'facebook' tidak rasmi.Saya hanya menggunakan akaun 'facebook' saya yang lama,tetapi saya telah menukar pautan kepada http://www.facebook.com/atikashaffika. Di dalam 'facebook' ini saya perlu 'add friend' iaitu rakan sekelas.koordinator kelas dan pensyarah kelas.Untuk 
'add friend' koordinatorkelas iaitu Dr. Siti Fatimah, saya perlu memperkenalkan diri.Ini adalah salah satu etika ketika menghantar email rasmi.Selepas itu  saya harus 'find and join' facebook koordinator iaitu www.facebook.com/sitifatimahmohdyassin






Pelajaran seterusnya yang saya pelajari ialah 'Electronic Group Discussion'.Dengan menggunakan 'yahoo id' saya telah menyertai kumpulan ini iaitu http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 .Dalam 'group' ini saya telah meneroka pada bahagian menu sebelah kiri.Di sini saya telah menghantar mesej menggunakan 'email editor'.Email dihantar ke ge1155-2011@yahoogroups.com. Saya dan ekin telah berbincang mengenai  perbezaan antara menghantar menggunakan 'yahoo mail' dan 'yahoo group'.Email dihantar kepada Dr. Siti Fatimah.

Saya telah membuat satu akaun 'yahoo group' Untuk membuat akaun ini saya telah melayari http://groups.yahoo.com. Saya mendaftar masuk ke dalam 'group' ini dengan menggunakan 'yahoo id' saya.Kumpulan dalam 'yahoo group' ini haruslah diletakkan dengan nombor matrik,kumpulan kelas diikuti denagn nama penuh dan program.Email 'yahoo group' saya ialah

Selepas itu saya telah membuat akaun 'facebook group'.Sama seperti 'yahoo group' kumpulan harus diletakkan dengan nombor matrik dan kumpulan serta nama dan progran.Seperti biasa saya menjemput rakan sekelas ,pensyarah kelas dan koordinator kelas.




Akaun terakhir yang perlu dibuat ialah pendaftaran blog.Nama blog haruslah menggunakan nombor matrik dan kumpulan serta nama penuh dan program.


Setelah semua selesai dibuat,signature harus di edit dengan meletakkan email yahoo,google,facebook,yahoo group,facebook group dan alamat blog.Contoh signature saya yang lengkap ialah:

Atika Shaffika Binti Nasarudin
Fakulti Pendidikan
Sarjana Muda Pendidikan Khas
UKM Bangi
Signature ini saya hantar kepada Dr. Siti Fatimah kerana beliau ingin menyemak hasil kerja yang telah dilakukan oleh pelajar.Kali pertama saya menghantar signature ini.saya telah ditegur oleh Dr. kerana ada pautan yang tidak boleh berfungsi.Saya juga telah membuat banyak kesalahan ejaan.Tetapi Dr. tidak jemu untuk memberi tunjuk ajar dan maklum balas.Terima kasih diucapkan kepada Dr. kerana sudi membimbing saya serta rakan-rakan yang lain.Email juga harus dihantar kepada pensyarah kelas iaitu Pn. Norhafizah untuk semakan.



Minggu Ketiga Dan Keempat
Khamis(29 September 2011)

Dalam minggu ketiga setiap kumpulan telah diberi tajuk untuk membuat tugasan.Antara tajuk yang diberikan ialah:

1. 21st Century Skills
2. Thinking skills and ICT
3. Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing)
4. Operating System
5. Original and licensed software
6. Open source Software
7. Web 2.0 in education
8. E-Learning & Mobile learning
9. Netiquette
10. Information Literacy
11. Computer and Society

Saya dan rakan saya telah memilih tajuk yang ke-8 iaitu E-Learning & Mobile Learning.Saya memilih tajuk ini kerana berpendapat bahawa dalam era negara yang sedang pesat membangun sekarang,setiap pelajar telah menggunakan kaedah pembelajaran E-Learning dan Mobile Learning.Saya dan rakan saya berbincang melalui 'facebook group' kerana kami tidak sempat untuk berjumpa antara satu sama lain.Dia berada di blok lain.Jadi kami memustuskan untu menggunakan laman 'facebook group' sahaja untuk berbincang dan bertukar-tukar pandapat.Penggunaan 'facebook group' sangat efisyen kerana kami boleh berbincang pada bila-bila masa sahaja.Masa perbincangan kami juga tidak terhad.Rakan-rakan lain yang mendapat tajuk sama seperti kami juga ada memberikan pendapat masing-masing.Kami juga turut dibimbing oleh Pn. Norhafizah ketika melakukan tugasan ini.

Minggu Empat
Khamis(6 Oktober 2011)


Dalam minggu ini saya dan rakan saya menyambung perbincangan yang tidak sempat dihabiskan pada minggu lepas.Kami perlu menyiapkan semua tugasan sebelum jam 12 tengah malam ini.Setelah berbincang saya perlu memindahkan maklumat ke dalam 'google documents' untuk simpanan.