20 Oktober 2011
Minggu ini saya baru membaca rujukan yang diberikan oleh Dr.Saya belum memulakan sebarang tugasan kerana tidak memahaminya lagi.Dalam minggu ke enam ini kami telah diminta untuk membuat 10 soalan kaji selidik mengenai tajuk tugasan masing-masing.Soalan yang dibuat tidak boleh sama dengan kumpulan lain yang membuat tajuk yang sama.Oleh itu kami perlu sentiasa berkomunikasi dengan kumpulan lain.Saya belum memulakan lagi perbincangan dengan kumpulan lain.
Sebelum membuat soalan kaji selidik kami diminta untuk:
- menetapkan tujuan pembelajaran
- menetapkan objektif pembelajaran
- untuk setiap objektif-bina soalan berdasarkan objektif yang dikenal pasti
Panduan yang diberikan adalah melalui survey monkey.Terdapat beberapa panduan untuk survey monkey ini.Antaranya ialah:
- http://help.surveymonkey.com/euf/assets/docs/pdf/UserManual.pdf?noIntercept/1 ,
- http://smonkey.surveymonkey.com/tutorials/Survey_Design/Survey_Design.html ,
- http://help.surveymonkey.com/app/answers/detail/a_id/29/~/guides-and-tutorials-on-using-surveymonkey
Panduan ini sangat berguna kerana maklumat di dalamnya sangat lengkap dan tepat.Dalam penggunaan survey monkey kita hanya dapat membuat 10 soalan sahaja.Saya dan pasangan saya telah membuat draf soalan.Sebelum itu saya perlu mendaftar masuk dalam survey monkey menggunakan email ini www.surveymonkey.com .Pendaftaran adalah percuma.Saya memasukkkan soalan yang telah saya draf tadi ke dalam survey monkey.Soalan yang dibina hanyalah dalam bentuk pilihan jawapan sahaja iaitu:
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Kurang setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Setelah siap membuat soalan, saya memuat naik soalan ini ke dalam 'facebook group' supayay rakan-rakan dapat memberi komen.Terdapat beberapa komen yang saya kenalpasti daripada rakan-raakn saya.Antaranya ialah soalan yang kami bina tidak bertepaatn dengan tajuk tugasan,soalan terlalu rumit dan lain-lain lagi.Kami hanya dikehendaki membuat soalan kaji selidik yang ringkas dan mudah.Saya telah membetulkan soalan yang tidak berkaitan.Saya juga telah menambah beberapa soalan demografi seperti nama kumpulan,jantina,peringkat umur,kawasan penempatan dan lain-lain lagi.
Setelah selesai pada survey monkey,saya telah belajar pula mengenai membuat borang kaji selidik di google document.Antara panduan yang diberikan ialah:
- http://teacherlink.ed.usu.edu/tlresources/training2/Google/GoogleForms.pd
- http://vimeo.com/3087713
- http://www.google.com/google-d-s/tour1.html
Cara-cara untuk membuat soalan kaji selidik menggunakan google document ialah:
- Daftar masuk ke dalam akaun gmail
- Buka laamn web https://docs.google.com atau klik pada dokumen jika menggunakan akaun gmail
- Pilih 'create new-form'
- Tambah demografi dan soalan dalam 'variety format' -'multiple choice','checboxes' and 'scale'.
- 'Explore' fungsi penggunaan 'save, open and edit form'.
- Minta sebahagian raakn sekelas untuk menjawab soalan kaji selidik secara 'online'
- Teroka penggunaan 'Spreadsheet' untuk soalan kaji selidik secara daalm talian ini dan muat naik seperti format excell (fail ini akan dimasukkan ke dalam SPSS)
- Betulkan soalan yang tidak sesuai berdasarkan maklum balas yang diterima
- Muat naik soalan kaji selidik yang telah lengkap dengan memasukkan link daripada google document di http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/links/Assignment 5 mini research 001318731681/ berdasarkan tajuk tugasan.
(Bagu saya dan pasangan saya iaitu Nur Asyikin Binti Abdul Rashid tajuk tugasan kami ialah e-learning and mobile learning.Oleh itu saya telah memilih fail tajuk ini dan meletakkan link tugasan kami di situ.Link tugasan kami ialah https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?hl=en_GB&formkey=dDhFeUdFSzFfNVJKaTJHYlpVb3EzUGc6MQ#gid=0
10. Minta rakan-rakan kelas dan dari kelas lain untuk menjawab soalan kaji selidik ini.
Setelah siap semua peringkat dalam menyelesaikan soalan kaji selidik ini,ia perlu dicetak dan diedarkan kepad rakan-rakan untuk menjawabnya.Sekurang-kurangnya setiap pasangan mendapat 10 maklum balas daripada soalan kaji selidik itu.

No comments:
Post a Comment