Powered By Blogger

Wednesday, 5 October 2011

Minggu 1 - 4


Minggu pertama

Minggu pertama adalah minggu pendaftaran kursus.Dalam kelas pertama Dr. Siti Fatimah memberi pendedahan mangenai kelas komputer dalam pendidikan.Dr. juga membekalkan struktur kursus untuk panduan semua pelajar.Dr. juga menegaskan bahawa tugasan mesti dibuat mengikut aturan yang telah ditetapkan dan di siapkan sebelum masa untuk dihantar.Dalam kursus ini kami dikehendaki membuat akaun 'gmail' dan akaun 'yahoo' rasmi.





Minggu kedua
Khamis(22 September 2011)

Dalam minggu kedua kami didedahkan dengan kepentingan komputer dalam pembelajaran.Kelas komputer ini terbahagi kepada dua kumpulan.Yang pertama adalah s1k3 yang dikendalikan oleh Dr. Siti Fatimah , manakala kumpulan kedua adalah s1k4 yang dikendalikan oleh Pn. Norhafizah.Saya adalah dari kumpulan s1k4.Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang.Nama pasangan saya dalam kelas ini ialah Nur Asyikin Bt Mohd Rashid.Sepanjang kelas ini kami dikehendaki melakukan tugasan secara berkumpulan.



Pertama sekali kami perlu membuat akaun 'google mail'.Akaun ini tidak lah susah untuk dibuat.Saya melayari laman web 'google mail'.Untuk membuat akaun baru ini saya telah meneroka bahagian kanan web ini.Kemudian saya memilih 'create account'.Di situ saya masukkan maklumat peribadi saya dan email yang ingin saya gunakan.Dalam 'gmail' ini saya telah memilih email atikashaffika@gmail.com. Setelah berjaya membuat akaun 'gmail ini',saya meneruskan dengan membuat akaun 'yahoo mail'.Lngkah-langkah untuk membuat akaun ini adalah sama seperti 'google mail'.Alamat 'yahoo mail' saya ialah atikashaffika91@yahoo.com.Setelah selesai, kedua-dua email ini harus mengandungi signature dan dihantar kepada koordinator kelas iaitu Dr. Siti Fatimah.Signature ini perlu ada nama penuh pelajar,program yang diambil,fakulti,nama universiti dan nombor telefon.Di bawah saya sertakan contoh signature yang telah saya buat:


Atika Shaffika Binti Nasarudin
Fakulti Pendidikan
Sarjana Muda Pendidikan Khas
UKM Bangi
Akaun Gmail


Akaun Yahoo





Setelah itu saya telah membuat satu akaun 'facebook' yang rasmi untuk kegunaan semasa kelas komputer dijalankan.Saya telah mempunyai akaun 'facebook' tidak rasmi.Saya hanya menggunakan akaun 'facebook' saya yang lama,tetapi saya telah menukar pautan kepada http://www.facebook.com/atikashaffika. Di dalam 'facebook' ini saya perlu 'add friend' iaitu rakan sekelas.koordinator kelas dan pensyarah kelas.Untuk 
'add friend' koordinatorkelas iaitu Dr. Siti Fatimah, saya perlu memperkenalkan diri.Ini adalah salah satu etika ketika menghantar email rasmi.Selepas itu  saya harus 'find and join' facebook koordinator iaitu www.facebook.com/sitifatimahmohdyassin






Pelajaran seterusnya yang saya pelajari ialah 'Electronic Group Discussion'.Dengan menggunakan 'yahoo id' saya telah menyertai kumpulan ini iaitu http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 .Dalam 'group' ini saya telah meneroka pada bahagian menu sebelah kiri.Di sini saya telah menghantar mesej menggunakan 'email editor'.Email dihantar ke ge1155-2011@yahoogroups.com. Saya dan ekin telah berbincang mengenai  perbezaan antara menghantar menggunakan 'yahoo mail' dan 'yahoo group'.Email dihantar kepada Dr. Siti Fatimah.

Saya telah membuat satu akaun 'yahoo group' Untuk membuat akaun ini saya telah melayari http://groups.yahoo.com. Saya mendaftar masuk ke dalam 'group' ini dengan menggunakan 'yahoo id' saya.Kumpulan dalam 'yahoo group' ini haruslah diletakkan dengan nombor matrik,kumpulan kelas diikuti denagn nama penuh dan program.Email 'yahoo group' saya ialah

Selepas itu saya telah membuat akaun 'facebook group'.Sama seperti 'yahoo group' kumpulan harus diletakkan dengan nombor matrik dan kumpulan serta nama dan progran.Seperti biasa saya menjemput rakan sekelas ,pensyarah kelas dan koordinator kelas.




Akaun terakhir yang perlu dibuat ialah pendaftaran blog.Nama blog haruslah menggunakan nombor matrik dan kumpulan serta nama penuh dan program.


Setelah semua selesai dibuat,signature harus di edit dengan meletakkan email yahoo,google,facebook,yahoo group,facebook group dan alamat blog.Contoh signature saya yang lengkap ialah:

Atika Shaffika Binti Nasarudin
Fakulti Pendidikan
Sarjana Muda Pendidikan Khas
UKM Bangi
Signature ini saya hantar kepada Dr. Siti Fatimah kerana beliau ingin menyemak hasil kerja yang telah dilakukan oleh pelajar.Kali pertama saya menghantar signature ini.saya telah ditegur oleh Dr. kerana ada pautan yang tidak boleh berfungsi.Saya juga telah membuat banyak kesalahan ejaan.Tetapi Dr. tidak jemu untuk memberi tunjuk ajar dan maklum balas.Terima kasih diucapkan kepada Dr. kerana sudi membimbing saya serta rakan-rakan yang lain.Email juga harus dihantar kepada pensyarah kelas iaitu Pn. Norhafizah untuk semakan.



Minggu Ketiga Dan Keempat
Khamis(29 September 2011)

Dalam minggu ketiga setiap kumpulan telah diberi tajuk untuk membuat tugasan.Antara tajuk yang diberikan ialah:

1. 21st Century Skills
2. Thinking skills and ICT
3. Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing)
4. Operating System
5. Original and licensed software
6. Open source Software
7. Web 2.0 in education
8. E-Learning & Mobile learning
9. Netiquette
10. Information Literacy
11. Computer and Society

Saya dan rakan saya telah memilih tajuk yang ke-8 iaitu E-Learning & Mobile Learning.Saya memilih tajuk ini kerana berpendapat bahawa dalam era negara yang sedang pesat membangun sekarang,setiap pelajar telah menggunakan kaedah pembelajaran E-Learning dan Mobile Learning.Saya dan rakan saya berbincang melalui 'facebook group' kerana kami tidak sempat untuk berjumpa antara satu sama lain.Dia berada di blok lain.Jadi kami memustuskan untu menggunakan laman 'facebook group' sahaja untuk berbincang dan bertukar-tukar pandapat.Penggunaan 'facebook group' sangat efisyen kerana kami boleh berbincang pada bila-bila masa sahaja.Masa perbincangan kami juga tidak terhad.Rakan-rakan lain yang mendapat tajuk sama seperti kami juga ada memberikan pendapat masing-masing.Kami juga turut dibimbing oleh Pn. Norhafizah ketika melakukan tugasan ini.

Minggu Empat
Khamis(6 Oktober 2011)


Dalam minggu ini saya dan rakan saya menyambung perbincangan yang tidak sempat dihabiskan pada minggu lepas.Kami perlu menyiapkan semua tugasan sebelum jam 12 tengah malam ini.Setelah berbincang saya perlu memindahkan maklumat ke dalam 'google documents' untuk simpanan.




No comments:

Post a Comment